BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 23, 2012

perangai Ramadhan 2

Assalamualaikum semua yang tiba2 terklik blog aku nie. yezza.. hari ini sudah masuk 3 Ramadhan. baru 3 hari. ye tak? tapi rasa lapar macam 3 tahun tak jumpa nasik.

tanpa banyak bazir masa dan tenaga untuk menaip, aku teruskan la dengan pelunasan janji aku 2 hari lepas (yeker? aku pun tak ingat). sesungguhnya aku tak mahu jadi pendusta apabila tidak tunaikan janji.

hari itu aku dah cerita tentang perangai makhluk Allah yang makan dengan selamba monyet masa bulan puasa. jadi, hari ini aku nak ceritakan serba serbi perangai orang semasa membeli juadah berbuka puasa di bazaar ramadhan.

seperti yang kita sedia maklum, bazaar ramadhan memang terkenal bila bulan puasa. masa ini tentu sahaja kita akan nampak betapa ramainya melayu datang untuk berniaga. yaaa... perasan bukan? rajin orang melayu sebenarnya. bila bulan ramadhan, beratur orang melayu untuk mencari rezeki. tapi, mana bulan2 lain? aku rasa, kalau kita teruskan berniaga macam nie, maju melayu tak segan negara.

okay. berbalik kepada perangai, hari pertama puasa hari tu, memang penuh 1 bazaar kat Muar nie. sampaikan parking kereta pun penuh. dah macam nak pergi tengok konsert black metal pulak. dapat parking, aku tak menang kaki nak kejar juadah, nak kejar masa. sebab tinggal lebih kurang setengah jam sebelum waktu berbuka. memang gelabah kelengkang aku time tuh.

sedang aku asyik elak2 bahu orang lain untuk ke gerai yang aku tuju, ternampak la pulak budak2 rempit jalan dengan cikaro masing2. first nampak memang jeles. mungkin sebab aku terdetik "bila la leh couple?" ( :p ). tapi, cara diorang memang tak cool langsung. memang terus terang aku cakap, lelaki kalau dah dapat jalan dengan pompuan, ego poyo naik 100%. macam dia sorang ada awek. tapi bro, tak payah kot nak peluk2 pinggang macam kau hadap fotografer pulak time kau tunggu mi goreng kau siap (mi goreng jek pun. bukan beefsteak). brader jual mi goreng tuh pun siap malu malu amek order kau. aku kat sebelah nie plak agak2 ape cer? memang berbulu la der. haih.

itu satu. yang kedua pulak. mungkin juga yang last. aku pelik, kenapa ea nak gi belanja dekat bazaar ramadhan jek pun, bukan dalam hotel 5 bintang or club2 exclusive, tapi pakaian..,, peh! macam nak gi bergambar dekat eiffel tower. apa musim macam tuh? bazaar jek cik kak, kena asap, minyak, debu2 motor, tar, dan sebagainya. dah la pakai macam retis, pulak tuh sexy nauzubillah. dah kenapa ea? dengan mekap tetebal macam ungka. kau rasa kau hot sampai ada balak2 nak usha seraya berkata "peh! awek cun siol!" tapi hakikatnya kau kena tau yang lelaki tersiratnya berkata "alamak awek nie! kalau aku dapattt...".. lagi kau pakai sexy, lagi senang masuk list pemangsa rogol. tak paham2 bahasa? aku pun tak kisah sebenarnya kalau kau nak pakai spender gi bazaar. tapi jangan salahkan lelaki kalau kena rogol ker apa ker. kang nama lelaki tuh sendiri dah busuk.

halamak.. dah pukul 530 petang la geng. masa untuk 'window shopping' kat bazaar nie.

nanti aku usha lagi la perangai yang ada. bagus juga. orang buat perangai pelik2, masuk dalam otak aku yang mereng nih. memang kena abadikan dalam kenangan la jawabnya. :p

so korang2 yang terbaca dalam waktu2 sebelum berbuka aku ucapkan "SELAMAT BERBUKA PUASA"!! :D

jangan lupa terawikh. :) p.e.a.c.e. !

0 comments: