BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 17, 2012

..::: SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN.. ::..


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh., 

Pertama sekali, kepada ibu kandungku yang kadangkala jauh dimata, hampir ke telinga dan bersimpuh dalam hati, Hashimah Ali, disini anakandamu tahu yang selama 23 tahun hidup, setiap tahun juga ibu dapat susah. sampailah sekarang. Haziq tak habis habis dengan memeningkan ubun ubun ibu itu. jauh di sudut hati ibu, Haziq tahu yang ibu rasa macam nak ikat Haziq dipipi pohon rambutan agar kerengga dapat membalas rasa sakit hati ibu. atau mungkin juga ibu nak rendam Haziq dalam air clorox selama 4 minit untuk sedarkan benak Haziq yang makin degil ini. Maafkan Haziq ibu. sesungguhnya kasih sayang serta doa ibu yang tidak pernah lekang memohon agar Allah tunjukkan jalan buat Haziq tidak ada galang ganti. Syukur Haziq dapat ibu yang maha penyabar dan kuat ini. sabar ibu, Haziq akan cuba balas jasa ibu. terima kasih. Selamat Hari Raya. Halalkan makan minum Haziq. Ampunkan Haziq zahir dan batin.

seterusnya kepada adik-adikku, Nur Hazirah Zainal Azman, Zainal Hazim Zainal Azman, Zainal Hazif Zainal Azman, abang nak minta maaf banyak-banyak kiranya abang membuat korang sakit hati, menyampah, rasa nak pijak abang time tidur, ataupun rasa nak letak pipi abang atas tar seret sejauh 15 meter n etc. abang tau mulut abang nie macam cili tak abes giling, tapi abang nak korang tau yang abang sayang korang. tak kisah la walau macam mana pon rupa korang, perangai korang, korang semua adik abang yang abang ada. terima kasih la sebab sabar jek bila dah kena lempang (walaupun dalam hati rasa nak letak bom dalam mulut abang nie). so, kalau ada apa2 yang tak puas hati macam hutang x bayar lagi ker., belum puas kena pijak ker., rindu nak kena hentak dengan bantal peluk keras,. jangan la segan2 nak bagitau. nanti abang ikhtiar la macam mana nak bagi dengan adil dan saksama. sekali lagi, abang mintak maaf banyak2 n selamat hari raya adik-adik abang yang tersayang. 

kepada kawan-kawan ku, TEAM20, RUMAHPINK, JUSCOians, MUARians, FACEBOOKERS dan TWITTERians. aku mintak maaf dari hujung rambut yang 'kurang' nie sampai la hujung kuku ibu jari kaki aku. lagi2, bila baran aku naik, aku hilang mood, drive menggila macam esok kiamat, kata2 yang sangat kesat terluah saat2 korang bukak mata sampai la tutup mata. lagi2 bila dengar bunyi-bunyian sundal, mula la aku naik angin, TEAM20, aku sangat2 happy jumpa dengan korang. walaupun muka masing2 cacat, mental kurang 4 fius, aku gila happy lepak ngan korang. aku pun xtau la macam mana kita boleh beramai2 lepak kat rumah hantu, berjalan x ingat dunia. tu semua luar batasan aku sebagai anak yang 'soleh' sebenarnya. tapi demi korang, aku sanggup buat apa saja. asalkan kita semua enjoy dengan saksama. Tak aku lupa juga dengan JUSCOians yang mana selama ini juga banyak menolong aku dari saat awal aku melangkah alam kerja sampai lah aku hantar tender resign. lepak sampai terbit matahari dengan terjalinnya ukhuwah kita dalam pusat snuker (yang selalunya korang kalah tuh...). THE NOSE; band yang sangat sangat cerah masa depan dalam mata aku. terima kasih sebab sudi ambil aku jadi sessionist korang yang paling tak gempak. terima kasih kawan2. naik raya nie kita buat lagi event kaw2 demi menjamin masa depan yang cerah. Muhammad Nashriq Ramli, Saufi Muhammad Athir n Kibek Hihi, harap kita still macam mula2 kita jumpa dulu. selalu happening dan pening pikir cara nak buat event2 mengarut. thanks sebab still berkawan dengan aku. still nak tolong aku. still nak dengar cacian aku, still nak kena 'jotos' dengan aku. aku sayang korang genk! korang terbaik yang aku pernah jumpa! sekali lagi aku mintak maaf banyak2, n selamat hari raya kawan-kawan sekalian! 

kepada insan yang pernah terjebak dalam alam percintaan aku, minta maaf sebab aku tau macam2 aku dah buat kat semua. secara sedar atau tak. aku cuma perasan kesilapan aku bila kau orang mintak break/clash. tapi semua dah terlambat 2 hari untuk aku tebus kesilapan aku sampai bila2. thanks sebab sabar kaw2 bila aku bebel, marah, etc. sabar manusia ada limit kan, n i crossed urs. aku minta maaf banyak2., setiap malam aku fikir kalau masa boleh putar balik, aku akan lebih jaga hati dan perasaan orang yang aku sayang. nasib baik aku cakap kalau. terima kasih la sebab sudi 'suntik' hati aku untuk menyayang dan disayang. n aku hope., kau orang akan jumpa lelaki yang lebih baik dari aku. nampak memang ramai yang nak kat kau orang. jangan jadi macam relationship kita yang lepas. so, take care. sorry sebab susahkan semua., aku tak dapat tunaikan janji. sekali lagi., aku minta maaf banyak2 n selamat hari raya! 

Wassalam..
Yang Rasa Bersalah:

ZAINAL HAZIQ ZAINAL AZMAN
5.06 a.m Jumaat 17 Ogos



0 comments: