BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 21, 2012

perangai Ramadhan 1

Assalamualaikum para pembaca para pengumpat para penyinggah dan para para sakura harap semuanya sihat2 semasa baca blog yang x seberapa nie. :D

amacam hari pertama puasa? mesti okay okay kan? yang mana dah biasa x makan tengahari lepas supper pukul 4 pagi mesti okay punya. yang mana x reti nak bangun sebelum maghrib pun mesti xkisah punya kan? cunn... lagipun, ape ade hal.. baru sehari.. hehehe...

tapi, dalam ramai2 yang tahan lapar, dahaga, dan lain2, ada gak yang selamba monyet duk makan sebelum buka puasa. eik? nak kata period, lelaki. belum baligh? dah rasanya walaupun aku x basuh kain masing2. bagi aku la kan, kalau x reti nak puasa, mana la tau kot2 usus dalam perut tuh leaking asyik kosong jek, apa salahnya kalau hormat orang yang puasa? x salah kot. kau dah sah2 hilang pahala, xkan nak extend negatif pulak kan? cara nak hormat tuh senang aje.. kau pegi la makan dalam bilik ker, xde la orang nampak. nie tak. dengan rasa x bersalahnya, kau makan depan aku, lepas tuh, siap pelawa lagik. peh! kalau nie bulan Rejab xpe lah kot. dah masuk Ramadhan dah. kalau umur dalam belasan tahun, boleh la aku ajak main belasah2 tepi rumah. tambah masalah bila umur dah masuk lingkungan sakit tua. bahaya bila xnak berubah.

so, yang mana ada rakan2 macam nie, or family member yang "period" tiba2, x salah kalau kita 'ter'nasihat dia sebelum apa apa yang jadik. yelah, aku pernah dengar frasa "dah mati nanti kubur lain2". yup, memang betul kubur lain2. tapi, takut jugak la kalau kubur kita sebelah2. menyampah kat dunia belum habis, tambah menyampah dengar kau jerit2 kena 'luku' dengan Munkar dan Nakir ( sape x kenal? klik sini! ). ataupun, dah sama2 Islam, xkan nak tengok saudara sendiri lepak dalam neraka lama2. bosan gak mandi api lama2 kan?

okay la. ini baru perangai orang malas nak berpuasa. sekejap lagi (kalau aku free la), aku akan cerita perangai kedua pulak. aku pasti ada jugak kawan2 aku buat, or nampak. tunggu next entri. jom makan nasik lagik sekali. :D

0 comments: