BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 20, 2012

1 Ramadhan 2012.

Assalamualaikum penziarah dan pembaca sekalian. Hari ini yang merupakan hari terakhir untuk kita semua makan dengan penuh rasa bangga dan meriah tak kira pagi, tengahari, petang dan malam. ataupun ada yang memperoleh perut ala-ala dinosaur tuh, mereka (termasuk saya) akan keluar cari sesuap nasik lagik. so, esok dah diumumkan permulaan bagi bulan Islam yang baru iaitu Ramadhan. agak2, dah ready eveready ker nak puasa? or still ada perangai malas nak puasa (macam aku)? ataupun, ada gak yang diantara kalian2 dah ready dengan ubat gastrik secara tiba2? 


anyway, sebenarnya aku nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua umat Islam terutama diri sendiri, keluarga dan sahabat handai. ada gak yang dengan bersahaja tanya "err, penuh ker tahun nie bro?" "puasa, jangan x puasa" ala2 dalam citer senario tuh. biasalah tu, orang sibuk badan (busy body) memang macam tuh kot. malaikat penyatit still stay kanan kiri. xpernah menyimpang pergi shopping beli ABC. yang aku tau, syaitan je yang diberi annual leave sebulan. 


disamping itu, aku juga ingin sangat2 memohon maaf sekiranya selama ini aku buat salah kepada sesiapa sahaja yang mengenali aku. ooops, sorry, bukan sekiranya. bila aku kira2, tak terkira salah aku terhadap semua. aku mintak maaf sangat sangat dan sangat. sesungguhnya aku adalah manusia. sejauh mana aku lari dari kesilapan, kesilapan jua akan memintas aku dan membengkes hingga aku tersungkur. memang tiada didunia ini yang sempurna. dan aku juga tidak berharap begitu. sekali lagi, ampunkan aku. minta halal apa sahaja yang diboikot haram seperti aku tidak meminta izin menggunakan barang, terminum air tanpa beritahu ataupun terpakai boxer orang lain kerana terpaksa. tapi, jangan halalkan aku yang barang yang sahih haram. harapan aku, semoga maafku diterima kalian. jasa memaafkan lebih besar dari menyelamatkan awek dari diserang lipas.


rasanya aku sudah sampai ke penghujung penulisan al sebab aku kekeringan idea. lagipun, memang niat aku menaip hanya untuk memberi ucapan dan memohon keampunan. dan juga berleter. maaf sekali lagi kerana entri ini tidak dapat memuaskan nafsu hati para pembaca semua. dukacita anda, keutamaan saya. SALAM RAMADHAN sekali lagi. wallahu'alam. :)

0 comments: