BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 18, 2011

Oh, Ibu.


Semua orang dilahirkan oleh seorang wanita tetapi pelbagai panggilan seperti ibu, mak, ummi, mama, mummy dan lain-lain serata dunia. Sama juga aku tetapi aku mempunyai mak yang cacat. Mak aku cuma mempunyai satu mata sahaja. Terus teranglah aku katakan, aku sangat-sangat benci mak aku sendiri. Sehinggakan nak panggil, sebut perkataan ‘mak’ pun aku menggigil segan. Bagi aku, dia adalah salah satu ‘bahan’ yang boleh memalukan aku. kerja dia hanyalah peniaga kecilan di pasar tani. Pagi petang bercucuk tanam, hasilnya dijual di pasar. Buat malu aku sahaja. Berniaga dengan sebelah mata. Jual sayur pula. Bertambah tahap malu aku. terasa jijik pula dengan cara dia begitu.
Suatu hari, sekolah mengadakan hari sukan. Mak aku pun datang untuk beri sokongan. Aku mengambil bahagian dalam acara larian 200 meter. Sedar sahaja kelibat mak aku, aku berlari hangat-hangat tahi ayam, menunjukkan protes dengan keadaan mak aku. lepas acara padang, aku terus balik ke rumah tanpa menoleh ke arah dia langsung. Tentu sekali aku rasa malu yang amat sangat pada hari itu. “sampai hati kau buat aku macam ni!” marah aku dalam hati. Selepas hari malang itu, aku sering dengar ejekan bertubi-tubi “mak cacat! Mak cacat! Mata mak kau macam hantu!” dari rakan-rakan sekelas. Ada juga yang bertanya sinis, “eh, mak kau ada satu mata ke? Mana sebelah lagi? Kau sedut ke?” disusuli dengan gelak tawa sial mereka.
Aku cuma boleh berharap mak aku hilang tiba-tiba. Aku pun pernah bertanya, “mak, kenapalah mak takde mata sebelah lagi?! Mak tau tak saya jadi bahan ketawa kat sekolah tu?!” “Kenapa mak tak mati je??” herdikku. Tapi mak aku buat endah tak endah. Aku rasa teruk tapi dalam masa yang sama lega sebab aku dah cakap apa yang aku rasa nak luahkan selama ini.
Mungkin sebab mak aku tidak pernah hukum aku, “mesti dia sedih, sakit hati dengan aku”.
Malam itu, aku terbangun dan terus ke dapur untuk menghilangkan dahaga yang menggaru-garu anak tekakku. Apa yang aku nampak, mak aku sedang menangis teresak-esak, sangat perlahan seperti dia takut aku terjaga mendengar tangisannya. Aku Cuma jenguk sahaja dan berlalu pergi. Aku teringat kata-kata aku siang tadi. Kata-kata itulah perasaan aku selama ini. apa pun, aku rasa menyampah bila aku melihat mak aku menangis dengan sebelah matanya. Jadi aku bertekad untuk belajar rajin-rajin, menjadi seorang dewasa yang berjaya, disebabkan perasaan benci aku terhadap ‘mak satu mata’ dan kemiskinan kami.
Dengan azam baru, aku pun belajar bersungguh-sungguh. Aku tinggalkan mak aku, dan berhijrah ke Seoul untuk sambung pengajian. Kini aku diterima masuk ke salah satu universiti di Seoul dengan bangga. Hari berganti hari. Di Seoul jugalah, aku beli rumah, berkahwin dan mempunyai keluarga. Aku tidak pernah menyangka saat yang paling bahagia tanpa melihat muka mak aku yang cacat itu.
Sehinggalah pada suatu hari, “apa?? Siapa ni??” itulah mak aku. muka yang aku dapat lupakan muncul balik dihadapanku. Masih lagi sama. Aku merasakan dunia bergerak perlahan. Anak perempuanku lari apabila melihat muka mak aku; neneknya. Dengan penuh kepura-puraan aku bertanya, “siapa kau? Aku tak kenal kau pun!!” “berani betul kau datang rumah aku, menakutkan anak aku!! KELUAR KAU DARI SINI!! SEKARANG!!”. Mak aku menjawab perlahan, “oh, maafkan saya. Pasti saya tersilap tengok alamat”. Dan dia berlalu meninggalkan rumahku. “fuh, lega!” lega mak aku tidak kenal muka aku lagi. “dah la. Malas aku nak kisah. Aku harap aku takkan fikir lagi pasal ni”.
Suatu hari, ada surat pelawaan dari rakan-rakan sekolahku yang mengadakan ‘reunion party’. Aku terpaksa menipu isteriku dengan mengatakan yang aku ada rombongan bisnes bersama syarikat. Aku balik ke Malaysia untuk berjumpa kembali rakan-rakan sekolahku. Selepas perjumpaan, hatiku tergerak untuk menjenguk rumah dan sekaligus melihat keadaan mak. Tetapi apa yang mata aku sempat jamah dahulu ialah sekujur badan kaku dalam bilik usang. Setitik air mata pun tidak menitis. Dia memegang sekeping surat, dan kalimahnya untuk aku.
Dia menulis…
“Anakku..
Mak rasa hidup mak dah terlalu lama. Dan mak takkan jenguk kamu di Seoul lagi.. tapi, salah ke mak nak suruh kamu jenguk mak sekali sekala di sini? Mak rindukan kamu.. mak sangat rindukan kamu.. mak gembira bila mak dapat tau yang kamu balik untuk perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah.. tapi mak buat keputusan untuk tak ke sekolah kamu.. semua ini untuk kamu.. kamu malu kan? Mak minta maaf sebab mak ada satu mata sahaja. Mak memalukan kamu.. mak minta maaf..
Semasa kamu kecil, dan tak tahu apa-apa, kamu mengalami kecelakaan dan hilang sebelah mata kamu. Sebagai ibu, mak tak sanggup melihat anak mak membesar dengan satu mata.. jadi mak gantikan yang hilang itu dengan mata mak… mak bangga anak mak dapat melihat dunia dengan mata mak.. mak tak pernah rasa kecewa dengan apa yang kamu lakukan. Semasa kamu marah-marahkan mak, mak selalu ingatkan diri mak, “anakku sayangkan aku”. mak rindu zaman kamu kecil-kecil dahulu…
Mak rindukan kamu….. mak sayangkan kamu….. kamulah segala-galanya untuk mak… mak ampunkan segala dosa-dosa kamu, nak…
Salam sayang dari mak…”
Pipiku terasa panas. Air mataku menitis kekesalan. Kiri kananku gelap. Yang terlihat hanyalah wajah mak yang selama ini aku benci, menyampah, rasa malu mempunyai mak sepertinya. Dan kini, aku malu dengan diri sendiri. Aku tidak layak digelar anak mithali.. untuk sekalian kali, aku meratapi pemergian mak….
Mak yang sanggup berkorban demi kebahagiaan anak yang derhaka.
:: tamat ::

0 comments: