malam minggu sepatutnya menjadi malam kegemaran anak muda yang gila lumba haram. kotaraya ini tidak pernah kehausan dengan dengusan ekzos motor mat-mat rempit handalan. salah seorang mat rempit yang cukup popular pada abad ini ialah Man Jaga. semenjak ayahnya membelikan sebiji motor Yamaha RXZ, nama Man Jaga memang tidak pernah tandus dari terkeluar dari mulut mat rempit yang lain.
malam ini sudah tertulis bahawa lumba haram berlangsung lagi. petang itu, Man Jaga mendapat tawaran dari musuh ketatnya, Junid Gincu yang mengajaknya untuk berlumba di jalan suram sekitar kotaraya. bagaikan mengantuk disorong tahi lembu, Man Jaga membalas dengan tangan yang terbuka. dia lantas memanggil Gwen, kambing kesayangannya mandi bersama kerana terlalu teruja.
malam yang dijanji telah tiba. sahabat karib Man Jaga, Farid Gayung memulakan tugas mengejek-ejek Junid Gincu sehingga meluap-luap semangat Junid untuk mengalahkan Man Jaga. setelah habuan dipersetujui kata sepakat kedua-dua belah pihak, Man Jaga dan Junid Gincu pun mengambil tempat bersama motor keramat masing-masing. kelihatan Budin Majmuk menarik baju seorang bohsia disitu lantas melambai.. "1....2.....3!!!" jeritnya.
kedua-dua mat rempit sejati ini memulakan perlumbaan. mereka sungguh hebat. bercilok-cilok di celah-celah hentian teksi, mengangkat tayar depan motor apabila nyaris langgar kucing, 'lap' cecah lutut apabila lutut gatal dan macam-macam lagi skill yang lucah untuk diperkatakan disini. setelah 10 minit mereka dijalan terang, Junid Gincu memulakan langkah berani dengan masuk ke jalan suram. Man Jaga yang selalu ingin menjaga reputasi, terpaksa ikut walaupun dia tahu perbuatannya itu sangat bodoh.
jalan yang berliku, serta semak samun yang menyemakkan mata mereka turut mereka redah. mereka tidak peduli. yang penting salah seorang dari mereka mendapat habuan lumayan malam itu. sesekali Man Jaga mendahului, Junid Gincu mengejar dengan rakus.
apabila sampai di penghujung jalan suram itu, Junid Gincu yang sedari tadi terkial-kial mengejar Man Jaga membuahkan hasil. dengan pantas dia memotong Man Jaga sambil menyengih seperti ungka menangkap ikan. tidak diduga, Junid Gincu mempunyai niat keji. dia menarik tiub minyak dan mengakibatkan Man Jaga hilang kawalan. Man Jaga tergolek tidak ubah seperti garuda sembelit. motosikalnya yang terseret mengeluarkan percikan api dan..... BOOMMM ! motosikal Man Jaga yang disanjung tinggi itu disambar api marak. Junid Gincu hanya memerhatikan kejadian itu dari jauh dan berlalu pergi.
"APIIIII !!! APIII !!!!" jerit Man Jaga cemas. berjurai-jurai airmata Man Jaga. memikirkan motosikalnya terbakar. lebih-lebih lagi kebakaran dalam hati ayahnya. pasti dia dimarah teruk dan akan dihukum.
"ZOOOM!" bunyi angin kuat secara tiba-tiba menerpa kearah Man Jaga. Man Jaga menoleh kekanan, dia melihat satu kelibat datang kearahnya dengan membawa baldi. Lama Man Jaga perhati rupa-rupanya.....
yaaaa... superhero daerah Nong Klongi yang tidak asing lagi, "Amri" datang untuk memberikan bantuannya. Man Jaga sungguh gembira. dia pun bertanya kepada Amri, "macam mana En. Amri tahu saya dalam kesusahan? sedangkan saya tak panggil pun nama En. Amri?"
Amri yang sejak tadi tersengih, tiba-tiba raut wajahnya berubah menjadi masam. dengan perasaan marah, dia melambung baldi tadi kearah motor Man Jaga. kedengaran bunyi meletup paling kuat terhasil sekali lagi. jelas sekali, 'air' yang mengisi seluruh ruang baldi itu merupakan minyak petrol. Man Jaga terpinga-pinga. Amri mengeluarkan kertas dan pen dari celah ketiaknya.
"suka rempit? memekak je! aku nak peluk bini aku pun susah! asyik latah dengar bunyik ekzos jek! puii !"
selepas membaling nota itu kemuka Man Jaga, Amri pun melompat pergi mendapatkan isterinya yang dari tadi mencekak pinggang dengan hiasan rantai basikal di leher.
"sayangilah nyawa anda dan prihatin terhadap hidupan di sekeliling anda. rempitlah di arcade berdekatan. semoga hidup anda tidak dibenci Amri".
Wednesday, September 21, 2011
Kelibat
yang mengarut =p zainal haziq zainal azman at 9:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment