BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 21, 2011

Kelibat

malam minggu sepatutnya menjadi malam kegemaran anak muda yang gila lumba haram. kotaraya ini tidak pernah kehausan dengan dengusan ekzos motor mat-mat rempit handalan. salah seorang mat rempit yang cukup popular pada abad ini ialah Man Jaga. semenjak ayahnya membelikan sebiji motor Yamaha RXZ, nama Man Jaga memang tidak pernah tandus dari terkeluar dari mulut mat rempit yang lain.

malam ini sudah tertulis bahawa lumba haram berlangsung lagi. petang itu, Man Jaga mendapat tawaran dari musuh ketatnya, Junid Gincu yang mengajaknya untuk berlumba di jalan suram sekitar kotaraya. bagaikan mengantuk disorong tahi lembu, Man Jaga membalas dengan tangan yang terbuka. dia lantas memanggil Gwen, kambing kesayangannya mandi bersama kerana terlalu teruja.

malam yang dijanji telah tiba. sahabat karib Man Jaga, Farid Gayung memulakan tugas mengejek-ejek Junid Gincu sehingga meluap-luap semangat Junid untuk mengalahkan Man Jaga. setelah habuan dipersetujui kata sepakat kedua-dua belah pihak, Man Jaga dan Junid Gincu pun mengambil tempat bersama motor keramat masing-masing. kelihatan Budin Majmuk menarik baju seorang bohsia disitu lantas melambai.. "1....2.....3!!!" jeritnya.

kedua-dua mat rempit sejati ini memulakan perlumbaan. mereka sungguh hebat. bercilok-cilok di celah-celah hentian teksi, mengangkat tayar depan motor apabila nyaris langgar kucing, 'lap' cecah lutut apabila lutut gatal dan macam-macam lagi skill yang lucah untuk diperkatakan disini. setelah 10 minit mereka dijalan terang, Junid Gincu memulakan langkah berani dengan masuk ke jalan suram. Man Jaga yang selalu ingin menjaga reputasi, terpaksa ikut walaupun dia tahu perbuatannya itu sangat bodoh.

jalan yang berliku, serta semak samun yang menyemakkan mata mereka turut mereka redah. mereka tidak peduli. yang penting salah seorang dari mereka mendapat habuan lumayan malam itu. sesekali Man Jaga mendahului, Junid Gincu mengejar dengan rakus.

apabila sampai di penghujung jalan suram itu, Junid Gincu yang sedari tadi terkial-kial mengejar Man Jaga membuahkan hasil. dengan pantas dia memotong Man Jaga sambil menyengih seperti ungka menangkap ikan. tidak diduga, Junid Gincu mempunyai niat keji. dia menarik tiub minyak dan mengakibatkan Man Jaga hilang kawalan. Man Jaga tergolek tidak ubah seperti garuda sembelit. motosikalnya yang terseret mengeluarkan percikan api dan..... BOOMMM ! motosikal Man Jaga yang disanjung tinggi itu disambar api marak. Junid Gincu hanya memerhatikan kejadian itu dari jauh dan berlalu pergi.

"APIIIII !!! APIII !!!!" jerit Man Jaga cemas. berjurai-jurai airmata Man Jaga. memikirkan motosikalnya terbakar. lebih-lebih lagi kebakaran dalam hati ayahnya. pasti dia dimarah teruk dan akan dihukum.

"ZOOOM!" bunyi angin kuat secara tiba-tiba menerpa kearah Man Jaga. Man Jaga menoleh kekanan, dia melihat satu kelibat datang kearahnya dengan membawa baldi. Lama Man Jaga perhati rupa-rupanya.....


yaaaa... superhero daerah Nong Klongi yang tidak asing lagi, "Amri" datang untuk memberikan bantuannya. Man Jaga sungguh gembira. dia pun bertanya kepada Amri, "macam mana En. Amri tahu saya dalam kesusahan? sedangkan saya tak panggil pun nama En. Amri?"

Amri yang sejak tadi tersengih, tiba-tiba raut wajahnya berubah menjadi masam. dengan perasaan marah, dia melambung baldi tadi kearah motor Man Jaga. kedengaran bunyi meletup paling kuat terhasil sekali lagi. jelas sekali, 'air' yang mengisi seluruh ruang baldi itu merupakan minyak petrol. Man Jaga terpinga-pinga. Amri mengeluarkan kertas dan pen dari celah ketiaknya.


"suka rempit? memekak je! aku nak peluk bini aku pun susah! asyik latah dengar bunyik ekzos jek! puii !"

selepas membaling nota itu kemuka Man Jaga, Amri pun melompat pergi mendapatkan isterinya yang dari tadi mencekak pinggang dengan hiasan rantai basikal di leher.

"sayangilah nyawa anda dan prihatin terhadap hidupan di sekeliling anda. rempitlah di arcade berdekatan. semoga hidup anda tidak dibenci Amri".

Sunday, September 18, 2011

tak suka roomate yer... :p


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”
10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.
::: camner pun, sebelum buat benda2 nie, korang kena la sediakan keranda mengikut saiz badan sendiri. mana lah tau… :::

Oh, Ibu.


Semua orang dilahirkan oleh seorang wanita tetapi pelbagai panggilan seperti ibu, mak, ummi, mama, mummy dan lain-lain serata dunia. Sama juga aku tetapi aku mempunyai mak yang cacat. Mak aku cuma mempunyai satu mata sahaja. Terus teranglah aku katakan, aku sangat-sangat benci mak aku sendiri. Sehinggakan nak panggil, sebut perkataan ‘mak’ pun aku menggigil segan. Bagi aku, dia adalah salah satu ‘bahan’ yang boleh memalukan aku. kerja dia hanyalah peniaga kecilan di pasar tani. Pagi petang bercucuk tanam, hasilnya dijual di pasar. Buat malu aku sahaja. Berniaga dengan sebelah mata. Jual sayur pula. Bertambah tahap malu aku. terasa jijik pula dengan cara dia begitu.
Suatu hari, sekolah mengadakan hari sukan. Mak aku pun datang untuk beri sokongan. Aku mengambil bahagian dalam acara larian 200 meter. Sedar sahaja kelibat mak aku, aku berlari hangat-hangat tahi ayam, menunjukkan protes dengan keadaan mak aku. lepas acara padang, aku terus balik ke rumah tanpa menoleh ke arah dia langsung. Tentu sekali aku rasa malu yang amat sangat pada hari itu. “sampai hati kau buat aku macam ni!” marah aku dalam hati. Selepas hari malang itu, aku sering dengar ejekan bertubi-tubi “mak cacat! Mak cacat! Mata mak kau macam hantu!” dari rakan-rakan sekelas. Ada juga yang bertanya sinis, “eh, mak kau ada satu mata ke? Mana sebelah lagi? Kau sedut ke?” disusuli dengan gelak tawa sial mereka.
Aku cuma boleh berharap mak aku hilang tiba-tiba. Aku pun pernah bertanya, “mak, kenapalah mak takde mata sebelah lagi?! Mak tau tak saya jadi bahan ketawa kat sekolah tu?!” “Kenapa mak tak mati je??” herdikku. Tapi mak aku buat endah tak endah. Aku rasa teruk tapi dalam masa yang sama lega sebab aku dah cakap apa yang aku rasa nak luahkan selama ini.
Mungkin sebab mak aku tidak pernah hukum aku, “mesti dia sedih, sakit hati dengan aku”.
Malam itu, aku terbangun dan terus ke dapur untuk menghilangkan dahaga yang menggaru-garu anak tekakku. Apa yang aku nampak, mak aku sedang menangis teresak-esak, sangat perlahan seperti dia takut aku terjaga mendengar tangisannya. Aku Cuma jenguk sahaja dan berlalu pergi. Aku teringat kata-kata aku siang tadi. Kata-kata itulah perasaan aku selama ini. apa pun, aku rasa menyampah bila aku melihat mak aku menangis dengan sebelah matanya. Jadi aku bertekad untuk belajar rajin-rajin, menjadi seorang dewasa yang berjaya, disebabkan perasaan benci aku terhadap ‘mak satu mata’ dan kemiskinan kami.
Dengan azam baru, aku pun belajar bersungguh-sungguh. Aku tinggalkan mak aku, dan berhijrah ke Seoul untuk sambung pengajian. Kini aku diterima masuk ke salah satu universiti di Seoul dengan bangga. Hari berganti hari. Di Seoul jugalah, aku beli rumah, berkahwin dan mempunyai keluarga. Aku tidak pernah menyangka saat yang paling bahagia tanpa melihat muka mak aku yang cacat itu.
Sehinggalah pada suatu hari, “apa?? Siapa ni??” itulah mak aku. muka yang aku dapat lupakan muncul balik dihadapanku. Masih lagi sama. Aku merasakan dunia bergerak perlahan. Anak perempuanku lari apabila melihat muka mak aku; neneknya. Dengan penuh kepura-puraan aku bertanya, “siapa kau? Aku tak kenal kau pun!!” “berani betul kau datang rumah aku, menakutkan anak aku!! KELUAR KAU DARI SINI!! SEKARANG!!”. Mak aku menjawab perlahan, “oh, maafkan saya. Pasti saya tersilap tengok alamat”. Dan dia berlalu meninggalkan rumahku. “fuh, lega!” lega mak aku tidak kenal muka aku lagi. “dah la. Malas aku nak kisah. Aku harap aku takkan fikir lagi pasal ni”.
Suatu hari, ada surat pelawaan dari rakan-rakan sekolahku yang mengadakan ‘reunion party’. Aku terpaksa menipu isteriku dengan mengatakan yang aku ada rombongan bisnes bersama syarikat. Aku balik ke Malaysia untuk berjumpa kembali rakan-rakan sekolahku. Selepas perjumpaan, hatiku tergerak untuk menjenguk rumah dan sekaligus melihat keadaan mak. Tetapi apa yang mata aku sempat jamah dahulu ialah sekujur badan kaku dalam bilik usang. Setitik air mata pun tidak menitis. Dia memegang sekeping surat, dan kalimahnya untuk aku.
Dia menulis…
“Anakku..
Mak rasa hidup mak dah terlalu lama. Dan mak takkan jenguk kamu di Seoul lagi.. tapi, salah ke mak nak suruh kamu jenguk mak sekali sekala di sini? Mak rindukan kamu.. mak sangat rindukan kamu.. mak gembira bila mak dapat tau yang kamu balik untuk perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah.. tapi mak buat keputusan untuk tak ke sekolah kamu.. semua ini untuk kamu.. kamu malu kan? Mak minta maaf sebab mak ada satu mata sahaja. Mak memalukan kamu.. mak minta maaf..
Semasa kamu kecil, dan tak tahu apa-apa, kamu mengalami kecelakaan dan hilang sebelah mata kamu. Sebagai ibu, mak tak sanggup melihat anak mak membesar dengan satu mata.. jadi mak gantikan yang hilang itu dengan mata mak… mak bangga anak mak dapat melihat dunia dengan mata mak.. mak tak pernah rasa kecewa dengan apa yang kamu lakukan. Semasa kamu marah-marahkan mak, mak selalu ingatkan diri mak, “anakku sayangkan aku”. mak rindu zaman kamu kecil-kecil dahulu…
Mak rindukan kamu….. mak sayangkan kamu….. kamulah segala-galanya untuk mak… mak ampunkan segala dosa-dosa kamu, nak…
Salam sayang dari mak…”
Pipiku terasa panas. Air mataku menitis kekesalan. Kiri kananku gelap. Yang terlihat hanyalah wajah mak yang selama ini aku benci, menyampah, rasa malu mempunyai mak sepertinya. Dan kini, aku malu dengan diri sendiri. Aku tidak layak digelar anak mithali.. untuk sekalian kali, aku meratapi pemergian mak….
Mak yang sanggup berkorban demi kebahagiaan anak yang derhaka.
:: tamat ::

Diari Daniel


Hujan galak menitis sejak seminggu lepas menjadikan keadaan sekeliling suram, murung sentiasa. Dia telefon dan mengatakan yang dia akan datang. itu adalah kali yang ketiga dalam seminggu dia datang melihat aku disini. Aku mengambil alasannya atas kenapa dia mahu datang kesini dan aku bergegas bertemunya berdekatan 7-11. Dia sedang menungguku tanpa ditemani sesiapa kecuali payung merah terhias di pergelangan tangannya. Kawannya tadi Cuma dapat menumpangkan dia kesitu, tetapi tidak dapat bersamanya kerana ada hal lain. Hujan masih lagi berderai dan dia tampak kesejukan. Sesekali ternampak bibir mengetap-ngetap menahan sejuk kerana dia tidak memakai baju tebal hari itu.
Aku berjalan kearahnya dan berkata, “u tak sepatutnya datang jumpa I lagi” disamping beberapa perkara yang yang menjelaskan kenapa kami tidak sepatutnya bersama. “I rindukan u!” katanya. Dengan sedikit mendesis aku mengajaknya pulang. “I hantar u ke rumah”. Dia tidak membuka payungnya. Aku tahu dia mahu berkongsi payungku. “cepat. Bukak payung u. kita kena balik” kataku.
Terpaksa dia membuka payungnya dan berjalan denganku menuju ke kereta. Dia memberitahu yang dia belum lagi makan apa-apa dan meminta untuk singgah dia mana-mana gerai makanan.
Dengan hati yang keras, dan suara agak tinggi aku menjawab, “tak payahla!” mungkin kecewa dengan jawapanku, dia lantas memintaku menghantarnya ke sebuah stesen tren berhampiran dan mengatakan yang dia mahu pulang dengan menaiki tren.
Disebabkan hujan, keadaan dalam stesen sangat sesak dengan penumpang yang membawa payung, beg bimbit dengan harapan untuk sampai ke rumah masing-masing dengan cepat, langsung tidak pedulikan hal keliling. Kami tunggu dan tunggu. Dia memandangku sayu. Duduk bersama sebegini, sudah tentu dia tahu apa yang bermain dalam fikiranku. Aku faham perasaannya bila datang jauh-jauh dengan keadaan cuaca yang sejuk untuk berjumpa aku, tetapi aku membuat dia begini. Dengan renungan matanya, aku lebih rasa bersalah dan merasakan adalah lebih baik untuk membiarkan dia tidur di rumah untuk semalam.
Tetapi, hatiku membantah tiba-tiba. Aku berkata dingin, “jom cari stesen lain”.
Kami pernah tinggal di sebuah pangsapuri yang sama. Aras sama. Mulanya kami berkawan. Ada empat orang semuanya termasuk aku. bersama, kami sentiasa makan malam bersama, tonton cerita bersama, kadangkala, kami pergi berkhemah bersama-sama. Kami dah macam satu keluarga. Tapi entah macam mana aku boleh jatuh cinta dengan satu-satunya perempuan dalam kumpulan kawan ini. masa itu, penghujung semester kami di kolej, barulah kami meluahkan perasaan masing-masing. Selepas dia tamat pembelajaran, aku masih lagi belajar disitu selama setahun. Pada masa itulah aku selalu mengambil tren untuk berjumpa dia semasa cuti, walaupun sekejap. Itulah cara kami mempertahankan hubungan ini.
Kami berjalan di tepian. Dia didepan dan aku dibelakang. Baru aku sedar payungnya ada kekoyakan sedikit. Dan cara dia berjalan sekarang tidak ubah seperti seorang askar yang cedera, berjalan lemah sambil membawa senapang yang karat.
Entah apa yang bermain dalam fikirannya. Langkahnya pula entah kemana. Nyaris dia dilanggar kereta yang melalui jalan itu. Laju sahaja tanganku ingin mencapai lengannya tapi dengan cinta yang aku ada beserta kesakitan di perut yang datang tiba-tiba, aku tak dapat berbuat apa-apa. Kami meneruskan perjalanan hingga sampai ke satu taman. Taman yang selalu kami kunjungi.
Dia merayu, “jomlah masuk taman nie kejap, please… I janji, lepas nie I balik”.
Dengan rayuannya, hatiku lembut kembali. Tetapi masih membuat muka sambil berjalan masuk dalam taman itu. Aku Cuma duduk di bangku, resah dan mahu pulang. Dia menuju ke arah sebatang pokok, mencari sesuatu. Aku tahu yang dia sedang mencari apa yang kami pernah ukir di salah satu pokok itu dengan pen berdakwat ‘silver’ setengah tahun dulu. Kalau tak silap aku, ia tertulis: “Daniel dan Sarah ada disini. Daniel minum teh panas, Sarah minum coklat panas. Harap Daniel dan Sarah ingat akan hari ini. selalu sayang menyayang, selama-lamanya”. Dia melihat-lihat pokok yang lain, kemudian kembali perlahan dengan air mata menitis di pipi.
“danny, I tak jumpa pun! Dah takde kat sini!” nadanya sebak. Aku pula merasakan kepedihan dalam badan. Sakitku serang mendadak, terasa berombak. Sakit yang tak pernah aku rasakan sebelum ini. tetapi apa yang aku lakukan ialah menahan seperti tiada apa yang berlaku. “boleh kita gerak sekarang?”
Aku membuka payung hitamku. Dia Cuma berdiri di situ, seperti tidak mahu melangkah, berharap peluang akan datang membantu. Katanya, “u Cuma buat cerita pasal u dengan orang lain, kan? I tau I banyak buat u frust, tapi I akan berubah! Boleh tak kita start benda nie sekali lagi?”
Aku membisu. Sambil menundukkan kepala, aku mengangguk sedikit dan meneruskan perjalanan ke stesen tren yang berdekatan. Masing-masing mendiamkan diri.
Empat tahun yang lalu, doctor telah mengesahkan bahawa aku menghidap kanser peringkat awal. Masih boleh diubat. Aku fikirkan masalah ini biasa jadi aku meneruskan kehidupan harian aku seperti orang biasa. Aku terlupa tentang kanser ini. aku tidak menjalani rawatan susulan. Sebulan lalu, perutku pedih dua minggu berturut-turut dan mimpi ngeri ini membuatkan aku sering terjaga dari tidur. Mulanya aku berharap derita ini akan pergi begitu sahaja. Tetapi semakin hari semakin kuat sampai satu tahap aku tidak dapat bertahan lagi. Aku berjumpa doctor dan membuat imbasan x-ray. Apabila siap, kami melihat bintik hitam yang besar yang menunjukkan bukti tetapi tidak mahu aku percaya. Aku sedang berada di dunia remaja, tapi dah nampak penghujungnya. Sampai aku pernah terfikir untuk bunuh diri. Aku tak boleh beritahu orang lain tentang penyakit ini, terutama sekali, Sarah. Insan yang paling aku sayang diantara semua di planet bumi ini. dia masih lagi belum tahu pasal ini. dia masih muda. Panjang lagi masanya dan dia tidak sepatutnya melalui semua ini. sebab itulah aku mereka-reka cerita dan tipu dia macam-macam. Memang kejam, dan boleh buat dia kecewa. Tetapi ini ialah cara yang pantas untuk menghunuskan air mata selama tiga tahun. Aku tak punya masa yang banyak. Rambutku dah mulai gugur, aku takut dia perasan.  Rasanya ‘penutupan’ aku ini masih lagi dapat disimpan. Drama ini akan terurai tidak lama lagi. Tiga puluh minit lagi dan semua ini akan berakhir. Itu sahaja dalam minda aku sekarang.
Masa operasi semua tren sudah tamat. Aku menelefon teksi supaya dapat datang dan menjemput Sarah disitu. Kami menunggu. Sunyi sepi. Masing-masing diam seribu bahasa. Berdiri sambil menjamah saat-saat terakhir dalam keadaan sepi.
Bayang teksi sudah muncul. Dengan menahan air mata dari terjatuh, aku berpesan padanya, “jaga diri u baik-baik. TOLONG jaga diri u dengan baik!”
Dia hanya membisu, Cuma menunduk perlahan. Lantas membuka payung lusuhnya keluar dari jalan. Dalam hujan itu, kami terpisah menjadi dua. Seorang merah, seorang lagi, hitam. Seperti menjauhi. Aku membukakan pintu untuk sarah, dan menutupkan ‘pagar’ yang memisahkan kami berdua selama-lamanya. Sambil berdiri di tepi teksi, aku melihat kaca gelap tingkap kenderaan itu; cinta pertama dan terakhirku akan pergi meninggalkan hidupku. Enjin pun dihidupkan. Bergerak seperti diarahkan masa.  Akhirnya,aku tidak lagi dapat menahan kesedihan yang teramat, pedih menyerang hatiku. Tanganku melambai-lambai dengan langkah laju mengejar teksi dari belakang. Aku tahu, inilah kali terakhir aku dapat berjumpa dengannya. Aku nak beritahu dia yang….
AKU MASIH SAYANGKAN DIA!
AKU NAK DIA TINGGAL LEBIH LAMA!
AKU PERLUKAN DIA SANGAT-SANGAT!
tetapi teksi itu terus bergerak tanpa menghiraukan aku.
Airmata hangat laju menyinggahi pipiku. Bercampur baur dengan air hujan yang menitik-nitik di sekelilingku. Aku kesejukan. Bukan disebabkan hujan, tetapi dalaman aku yang kian menyejuk.
Dia pergi, dan aku tidak dapat apa-apa panggilan telefon selepas hari itu, sehinggalah hari ini. aku tahu, dia tidak sedar air mataku, sebab semua dibasuh dengan air hujan. Aku pergi tanpa penyesalan.
Tetapi aku bukan Daniel. Akulah wanita itu, Sarah. Menggunakan memoriku di malam itu, beserta diarinya yang aku terjumpa setahun selepas pemergiannya, mengakhiri noktah cerita cinta kami dengan titisan airmata…

The Legend of Amri


Amri (nama sebenar) adalah seorang eksekutif pemasaran di salah sebuah syarikat kecil di daerah Nong Klongi. Orangnya boleh tahan segak, tampan, berkumis serta berjerawat nasi masak. Amri sangat baik. Setiap hari, pasti dia menolong orang dalam kesusahan seperti memimpin orang buta melintas landasan kereta api elektrik, tolong perompak membuka pintu rumah jiran, menolong anak membuat kapal terbang kertas dari buku sekolah dan lain-lain sifat mazmumah Amri.
Adapun begitu, dia bercita-cita tinggi. Amri pernah membayangkan dirinya seorang doktor. tetapi, impian hanya impian. amri hanya bersekolah setakat tingkatan 5 sekolah perempuan dan dia adalah pelajar contoh bagi kelas khas menjahit dan memasak sekolah itu. siapa cakap belajar menjahit itu tidak membanggakan? jangan tak percaya, setakat ini, amri berjaya menjahit cermin sisi pintu kereta ayahnya yang patah akibat dilanggar amri yang ketika itu sibuk bermain layang-layang bersama ayamnya. selain itu, amri juga pakar dalam memasak. masakan tidak, pelajar contoh katakan.. ibu bapanya juga puji masakan amri. lebih-lebih lagi resipi tulang ikan bilis rebus masak tomyam. amri rajin menolong emaknya di dapur. tidak hairanlah, ilmu memasak menurun dari ibunya. baik sungguh amri~~
amri mempunyai seorang isteri yang cantik. lebih cantik dari rupa paras kambing membelai janggut, nak tambah cerita, pinggang isteri amri lebih ramping seramping lembu yang meragut rumput ‘carpet’ rumah amri. memang sayang sungguh amri terhadap isterinya itu. setiap hari, amri akan belikan hadiah untuk isteri kesayangannya itu. kalau semalam amri bagi hati udang, hari ini amri belikan pula rantai basikal untuk dikalungkan ke leher isterinya. kalau dah beristeri, mesti ada anak untuk penyedap cerita. anak amri sangat bangga dengannya kerana walaupun keputusan peperiksaan sangat rendah, amri akan herdik cikgu-cikgu yang mengajar anaknya. kononnya, cikgunya tidak mengajar dengan bersungguh-sungguh. baik sungguh amri~~
kisah kebaikan diri amri ini tersebar meluas sehinggakan ramai yang berpusu-pusu meminta bantuan amri. bagaikan superhero keding, amri akan tiba tepat pada masa krikital untuk memberi bantuan. contoh, ada seorang wanita tersepak misai kucing, lalu dikejar oleh seekor anjing berdekatan. dia menjerit nama “Amri” sekuat hati. apabila amri terdengar, dengan pantas amri akan terkinja-kinja ke tempat kejadian. semasa dalam perjalanan, amri akan singgah dulu di gerai Mak Munah untuk pekena kopi Jantan dan memakan snek Super ring serta membaca surat khabar 2 minggu sudah. selepas siap, amri akan bergegas ke arah suara yang menjerit-jerit nama amri. sampai sahaja di tempat kejadian, badan wanita tadi sudah pun koyak-rabak akibat digigit anjing dang dimamah semut. amri bukan seorang lelaki dayus, dia mengangkat wanita terbabit dan terus merendam dalam air longkang berdekatan. biar bersih sikit, ujarnya. baik sungguh amri~~~
jadi, kalau korang nak bantuan amri, bolehlah mengirim surat beralamat, No. 32, Jalan Kemancau, Lorong Baiduri, 98706, Nong Klongi, Bahames beserta slogan “saya mahu alat bantuan Amri kerana…………….. (tidak melebihi 1 patah perkataan)
atau telefon Encik Amri bin Kut di talian:

Rumah: 017- 576 9067
Sell phone: 04- 763 8735
Amri menunggu raungan anda bersama rokoknya !! semoga hidup sihat sejahtera, aman makmur bersama Amri ! :)

inilah gambar amri. terkini.

sayalah amri !! salam muhibbah !! :D

halo !


Assalamualaikum !!! haa… kenapa aku singgah page nie eh? ooowh,. baru aku ingat yang aku tengah bosan. disamping itu, lapar dan juga sangap kepulan asap keluar dari rongga mulut. bukan takde material-material itu. kemungkinan besar aku malas nak makan, mahupun mencapai kotak rokok yang tersergam indah depan aku.
“dah lama aku tak menaip”. benda nie selalu keluar dari kaca pemikiran aku saban hari. tapi, asyik takde masa jek. mungkin juga kerana kerja yang banyak, nak singgah website nie pun aku tak terdaya. on laptop pun hanya sekadar ‘on’. haih. 
esok cuti (yahooo!!). tapi kenapa aku rasa malas nak cuti? cerewet jugak kadang-kadang. bila asyik kerja, nak cuti. bila dapat cuti, nak kerja. yelah, orang tak bersyukur memang camnie kot. hoho! lantak la.
syok pulak bila jari jemari aku bertemu papan kekunci nie. asyik nak menaip jek. macam kena rasuk hantu jari. pape pun, selagi mata belum bagi greenlight tersengguk sengguk ngantuk, lebih baik aku membazirkan masa kat sini. nak main facebook, selalu sangat. mual pulak aku tengok kaler biru putih hari hari. 
masih lagi belajar penggunaan kamera dengan tertib dan tertil. tercari cari siapalah gerangan yang boleh jadi sifu aku. bila sekali petik, nak lagi. kira, bila aku pegang kamera nie, sampai subuh next week belum tentu aku atas sejadah. Astaghfirullahalazim.. bahaya betul. kesimpulan, memang syok la bila berjalan jalan dengan kamera. ibarat orang membawa ‘pet’ yang dirantai berjalan jalan. tapi salam dalam situasi ini, kitalah ‘pet’ kerana leher kita yang berkalung.
eh? sapa pulak text aku dalam time2 macam nie..? berderau laju darah aku bila dengar tone message memekik. agak kacau disitu. rupanya seorang kenalan lama ajak aku lepak. kalau esok tiada hal penting, aku boleh je menggagahkan diri untuk keluar. kalaulah… rasa serba serbi salah pulak tiba tiba. sorry, zam!
dalam pada masa yang sama, hati nakal aku menyoalkan, “ingatkan awek mana la yang text tadi…..”. nakal, bukan? nasib baik nak pakai lama hati nie. kalau tak… ermmm., terdetik pulak untuk mencari. tapi, entahlah.. belum masanya kot. asyik on, off. on, off. bukan dengan orang yang sama pulak tuh. sampai kena chop playboy la, orang berpesan atas orang lain supaya berhati hati bila berkawan dengan aku la, macam-macam la benda yang aku dengar. baru aku tau istilah “berita terkini dalam tempat kerja”. orang cakap, kalau dah jodoh, tak kemana. abes, yang tiba-tiba hilang nie, dia pergi mana pulak? haish.
okay. kurangkan bercerita tentang kisah lama. cuma jadikan tauladan di masa akan datang. untuk permulaan cerita baru, aku happy jugaklah walaupun kesan calar masih jelas kat senyuman aku. apa pun, aku tekad. aku akan teruskan senyum walaupun di dalam hanya Yang Esa dan aku sahaja yang tahu. ada masa lagi, aku akan terus letupkan papan kekunci laptop usang ini. untuk bebelan yang membosankan di masa akan datang.
memang sampai sini je lah. mata aku pun dah hadap bantal je. nampak ayu pulak keadaan bantal nie.
hidup perlu diteruskan. HULA HULA HEY !! 

life is kinda bitchy.


tulah. orang suruh tido, tak nak. kan dah mengigau carik bahan nak hilangkan bosan.
nak makan? megi jek la yang ada.
keluar minum? nak ker mamak tuh join duduk 1 table dengan aku?
berfacebook? lepas satu saat, bukak “Home” gak.
bencinya kalau sepanjang hidup ada perkataan B.O.S.A.N nih !
haih haih haih.
kerana kesempitan wang saku, aku memilih untuk berfacebook biarpun aku click button Home lebih 500x. 
=.=”

mamak! teh tarik sama itu roti canai 1 !


pagi. mesti kena brekpes. kalau tak, perut menggerutu bila menjalani hari.
tengahari. mesti kena lunch. kalau tak, tak bertenaga nak buat apa-apa.
petang. e’eh, ada teatime plak kan? mesti kena sapu, kalau tak, sebu lah nanti.
malam. haa… time nie paling best. boleh jamah berpuluh-puluh lauk dalam 1 masa. masa yang ideal untuk family meeting.
tengah malam. ada supper plak. nak tak nak, mulut mengunyah jugak walaupun tidak dipaksa. masa yang perfect untuk makanan pantas (fast food).
banyak masa kita luangkan untuk senaman mulut nie. tuh tak kira lagi bila mengunyah, menyedut gula-gula.
haish~
MANA TAK GEMUK… KALAU HIDUP ASYIK MELANTAK JEK~~~~

Hai awak. Saya ada bunga. eh? awak? nak g mana tu??


hari tuh.. ternampak sorang mamat bagi bunga kat awek dia. merah padam muka cewek tuh. sambil2 tutup mulut menahan kegembiraan lagik. aku terasa sesuatu. 
hari nie.. baru lepas check twitter. sekali fify leh cakap bunga tuh leh cairkan hati seorang wanita. sweet katanya. katanya lah. sekali lagik, aku terasa sesuatu..
bukan apa., pernah suatu ketika aku bagi bunga kat wanita2 (khususnya ex la kan..), dengan rasa ikhlas, penuh pengharapan agar dia jaga bunga tuh elok2. tapi, lain yang aku harap, lain yang aku dapat. selang beberapa minggu, aku sendiri nampak bunga2 tuh menemui ajal. kenapa ya? masa dapat bukan main seronok sampai tertonjet2 menahan haru. ‘sweet’ lagi kah bila mata aku sendiri yang nampak keadaan bunga jadik camtuh? kelayuan, kepudaran. sejujurnya, hati aku sendiri remuk macam dilanggar lori simen. kesimpulan yang menyimpul, tolonglah hargai apa yang diberi oleh org lain… lebih2 lagi orang tuh sayang kita ketat2.. walaupun harganya murah (bunga aku tuh mahal tau! :p ), tetapi tinggi nilainya. jangan pandang pada zahir, lihat pada batin. apa yang ada dalam tersurat, carilah yang tersirat sekali.. peace ! :)

Anda ada masalah dengan Broadband anda?

KAJANG -Tarikh yang sama dengan dibawah-: Seorang penduduk tempatan disini mengadu domba tentang masalah kelembapan “Broadband” yang dikeluarkan dari salah sebuah syarikat telekomunikasi di negara ini. Beliau yang sedang menemu ramah bayangan dirinya sendiri di hadapan cermin, sering mengeluh lantas mengeluarkan kata-kata sedih sambil memegang erat broadband beliau itu. Disebabkan masalah itu, beliau tidak lagi berasa gembira untuk ber’facebook’ seperti selalu bahkan, keresahan sering menghantui bulu hidung beliau. Masalah kelembapan broadband ini bukanlah baru seperti yang digempak gempukkan oleh sesetengah makhluk, tetapi sudah berkurun lamanya. Mungkin juga sejak dari zaman Melaka dahulu kala yang menyebabkan Hang Tuah 5 sahabat ke Gunung Ledang mencari Puteri Gunung Ledang akibat dari kegagalan log masuk Yahoo Messenger, Skype dan seumpamanya. Sehingga hari ini, masalah yang sama juga timbul. Ramai di antara rakyat Zimbabwe, Afrika Selatan, masyarakat Zulu, tidak dapat mencari jalan penyelesaian bagi mengubah suai cara hidup dan tidak tahu cara untuk menggunakan eBay dengan tepat untuk membeli Fair and Lovely dengan cara lelong ekoran dari masalah kelembapan broadband. Masing-masing masih lagi menanti jawapan dari pihak syarikat telekomunikasi tentang masalah ini. Kesudahannya, ada diantara rakyat-rakyat Palestin, Israel, berperang kerana berebut broadband yang terhad liputannya di kawasan mereka.

aik? baru lagi?

KAJANG, 18 September. "Goyangan kaki cantik". Begitulah ungkapan yang patut diberikan kepada penulis yang selama beberapa bulan tidak menjenguk blog beliau. Jadi kali ini beliau kembali (sekali lagi) untuk menaip dan memecahkan gegendang usus serta melipatkan urat kentut pembaca dengan entri-entri yang segar bagi sesi baru ini. bagi memulakan sesi baru ini, penulis yang kini kekeringan idea-idea bernas namun, beliau berusaha untuk meng'copy' 'paste' entri-entri beliau di laman web penulisan seantero. diharap para pembaca yang suka membuang masa dapat melipat kali ganda hobi dengan membaca entri-entri lapuk penulis. sekian.

haha! aku blank. :D