BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 20, 2012

..::: Jika Ini Syawal Terakhir Aku.. :::..

Anak..


Beberapa perkara di bawah ini, ingin mak minta pertolongan dari semua anak anak mak. Mak harap tidaklah kamu semua keberatan, ya?

- Tolong ajarkan mak sembahyang. Bukan mak malas. Cuma mak tidak tahu tentang agama. Mak tidak diberi pendidikan yang khusus semasa mak kecil dahulu. Keluarga mak miskin, nak.. Boleh ajarkan mak sembahyang?

- Marilah kita makan juadah hari raya ini bersama-sama. Selepas semua anak anak mak ini dah besar dan ada kerjaya, jarang kita duduk semeja anak beranak, kan? Boleh tak kalau kali ini kita duduk atas permaidani ini dan makan beramai ramai?

- Hari sebelumnya, kita tidak akan duduk sama sama dan berbual macam keluarga orang lain. Cuma mak akan duduk di beranda rumah dan bercakap dengan kucing. Apa yang mak boleh buat? Kehadiran mak di dapur hanya akan membuatkan semua anak mak menyampah. Mak cuma lalat di mata anak anak mak. Mak cuma mahu seminit sahaja untuk kita berbual. Mak rindukan gelak tawa mak bersama anak anak. Boleh kan anak anakku? Kita berbual seperti dahulu?

Anak mak yang mak sayang. Mak rindui. Mak akan lelapkan mata mak. Jika sudahnya mak tidak bernafas lagi. Janganlah kamu semua tangisi pemergian mak. Anggaplah jodoh pertemuan kita sudah tamat atas Qada' dan Qadar Ilahi. Sesungguhnya dalam dunia ini, tidak ada mak yang tidak sayangkan anak. Ampunkan dosa dosa mak selama mak besarkan semua. Mungkin banyak yang kurang daripada apa yang anak anak mak harapkan. Mak minta maaf dari anak anak mak. Halalkan makan minum mak di dunia. Doakan lah mak sejahtera di sana. Kirimkanlah Al-Fatihah bila kamu semua ada masa. 

Jika ini syawal terakhir mak......

0 comments: