BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 05, 2011

wah!

okay. hari nie aku buat keputusan untuk stop buat cerita. (iyer, mengarut tapi adakalanya best.. kan3?)...
jadi aku pun mengambil la keputusan untuk berkongsi beberapa pengalaman aku mencari entiti dengan kawan-kawan aku.. millenia nie, aku tengok ramai gak remaja-remaja yang suka dengan hantu. aku rasa la, hantu pun dah naik segan nak kacau orang. yelah, kita pulak yang kacau dorang. ok la tuh kan? dah mati jadik roh terbang2 pun ada hukum karma.

masa aku kat uitm dulu, aku dan beberapa kawan2 aku buat team yang dinamakan team20. awalnya, theme team20 nie adalah untuk membuat kacau bilau je.. tapi mungkin faktor otak yang kian menipis akibat tengok konsert black metal dalam youtube, jadik pulak idea nak mencari entiti yang ada kat Malaysia nie. 1st, kitorang redah Bukit Tunku. tau kat mana? kalau tak tau, cari kat google.. teeheehee..

peserta kat atas nie bernama sopai (si kering) dan si goree (paham2 jek la kan?) ok. sebelah goree tuh, korang boleh nampak sendiri kan? ada sebatang pokok. pokok tuh tinggi dan sekaligus aku yakin untuk mengatakan semestinya rantin2, eh, rantin pulak... ranting2, dahan2, daun2 xder dalam bulatan. cuba perhati elok2, tanam azam dalam hati, apa yang korang nampak dalam bulatan tuh? aku cakap bayang hantu. korang?  =)


okay.. second picture.. macam tadi si sopai dan di sebelahnya kitorang panggil bobby atau gemok atau kimok atau wak atau gemok atau gemok atau gemok bla bla bla.. pic nie best sikit sebab kat belakang diorang tuh sebenarnya kosong. pokok pun terlahir beberapa meter je dari dorang. alkisah, apa yang dalam bulatan tuh? nampak macam orang tua berkelubung dengan tongkat sambil mendepakan tangan 
(macam nak peluk mangkuk2 nie)... apa benar? apa kata survey? hurrmmm?


lepas bosan pusing2, naik turun jalan Bukit tunku tuh, kitorang pun tuju ketempat lain pulak.. mesti korang dah pernah dengar pasal Highland Towers kan? yaaa.... ceritanya amat sedih, pilu sehingga boleh keluar air mata segelintir masyarakat. kisah menyayat hati apabila apartment cantik 12 tingkat (yeker?) runtuh menyembam bumi dalam sekelip mata. hanya beberapa sahaja yang terselamat. orang kata, orang la yang cakap, aku menaip jek la... dalam kelam kabut nak melarikan diri, ada la beberapa mangsa yang tercampak keluar lalu terhempas atas bumbung sebuah rumah banglo (xdela besar macam banglo skang) kat tepi highland towers tu. rumah banglo tu dikatakan milik seorang General. mungkin askar. aku pun xtau banyak sangat sebab takut. mana taknya, selama mencari kat sini, aku baca Al-Fatihah jek. punya la seram tempat nie. kaw2! time naik towers tuh, sorang pun x ingat nak bawak kamera. kitorang macam blur2 sopai jap. main redah jek.. agak kecewa gak la. bila dah turun, barulah ingat.. so kitorang just dapat amek pic kat uma general..

bumbung kokak? tak tau la kenapa tapi atas nie ker mangsa tercampak? Wallahu'alam..

haaa... almari nie membuatkan aku teringat sesuatu. malam yang sama. ada sorang member aku, ubin namanya, masa tengah check2 bilik nie (tingkat atas), tangan dia boleh gatal nak bukak pintu almari nie. masa dia main bukak2 tuh, xde la jadik pape sangat. tiba time kitorang dah turun bawah, elok jek pintu almari nie main hempas2. macam marah sangat jek? bukan ada kotex pun...? isk.

okay. nie adalah spesel pose dari kami sebelum pulang untuk breakfast. nie la cat baru rumah General tuh.. =)


belum habis lagik... actually, banyak lagi pic2 yang kitorang amek kat sini tapi xde pape hasil pun.. untuk next blog, aku akan cerita lagik xpdc kitorang carik entiti.. tempat lain pulak.. seram tuh, xtau la kan...? kena rasa sendiri kot, baru tau. hee.. mata pun dah kuyu, hope xdela hantu sangap nak teman aku malam nie. seriau rasanya. chiao ! zzzz~~~