BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 18, 2011

The Legend of Amri


Amri (nama sebenar) adalah seorang eksekutif pemasaran di salah sebuah syarikat kecil di daerah Nong Klongi. Orangnya boleh tahan segak, tampan, berkumis serta berjerawat nasi masak. Amri sangat baik. Setiap hari, pasti dia menolong orang dalam kesusahan seperti memimpin orang buta melintas landasan kereta api elektrik, tolong perompak membuka pintu rumah jiran, menolong anak membuat kapal terbang kertas dari buku sekolah dan lain-lain sifat mazmumah Amri.
Adapun begitu, dia bercita-cita tinggi. Amri pernah membayangkan dirinya seorang doktor. tetapi, impian hanya impian. amri hanya bersekolah setakat tingkatan 5 sekolah perempuan dan dia adalah pelajar contoh bagi kelas khas menjahit dan memasak sekolah itu. siapa cakap belajar menjahit itu tidak membanggakan? jangan tak percaya, setakat ini, amri berjaya menjahit cermin sisi pintu kereta ayahnya yang patah akibat dilanggar amri yang ketika itu sibuk bermain layang-layang bersama ayamnya. selain itu, amri juga pakar dalam memasak. masakan tidak, pelajar contoh katakan.. ibu bapanya juga puji masakan amri. lebih-lebih lagi resipi tulang ikan bilis rebus masak tomyam. amri rajin menolong emaknya di dapur. tidak hairanlah, ilmu memasak menurun dari ibunya. baik sungguh amri~~
amri mempunyai seorang isteri yang cantik. lebih cantik dari rupa paras kambing membelai janggut, nak tambah cerita, pinggang isteri amri lebih ramping seramping lembu yang meragut rumput ‘carpet’ rumah amri. memang sayang sungguh amri terhadap isterinya itu. setiap hari, amri akan belikan hadiah untuk isteri kesayangannya itu. kalau semalam amri bagi hati udang, hari ini amri belikan pula rantai basikal untuk dikalungkan ke leher isterinya. kalau dah beristeri, mesti ada anak untuk penyedap cerita. anak amri sangat bangga dengannya kerana walaupun keputusan peperiksaan sangat rendah, amri akan herdik cikgu-cikgu yang mengajar anaknya. kononnya, cikgunya tidak mengajar dengan bersungguh-sungguh. baik sungguh amri~~
kisah kebaikan diri amri ini tersebar meluas sehinggakan ramai yang berpusu-pusu meminta bantuan amri. bagaikan superhero keding, amri akan tiba tepat pada masa krikital untuk memberi bantuan. contoh, ada seorang wanita tersepak misai kucing, lalu dikejar oleh seekor anjing berdekatan. dia menjerit nama “Amri” sekuat hati. apabila amri terdengar, dengan pantas amri akan terkinja-kinja ke tempat kejadian. semasa dalam perjalanan, amri akan singgah dulu di gerai Mak Munah untuk pekena kopi Jantan dan memakan snek Super ring serta membaca surat khabar 2 minggu sudah. selepas siap, amri akan bergegas ke arah suara yang menjerit-jerit nama amri. sampai sahaja di tempat kejadian, badan wanita tadi sudah pun koyak-rabak akibat digigit anjing dang dimamah semut. amri bukan seorang lelaki dayus, dia mengangkat wanita terbabit dan terus merendam dalam air longkang berdekatan. biar bersih sikit, ujarnya. baik sungguh amri~~~
jadi, kalau korang nak bantuan amri, bolehlah mengirim surat beralamat, No. 32, Jalan Kemancau, Lorong Baiduri, 98706, Nong Klongi, Bahames beserta slogan “saya mahu alat bantuan Amri kerana…………….. (tidak melebihi 1 patah perkataan)
atau telefon Encik Amri bin Kut di talian:

Rumah: 017- 576 9067
Sell phone: 04- 763 8735
Amri menunggu raungan anda bersama rokoknya !! semoga hidup sihat sejahtera, aman makmur bersama Amri ! :)

inilah gambar amri. terkini.

sayalah amri !! salam muhibbah !! :D

0 comments: