BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 18, 2011

Diari Daniel


Hujan galak menitis sejak seminggu lepas menjadikan keadaan sekeliling suram, murung sentiasa. Dia telefon dan mengatakan yang dia akan datang. itu adalah kali yang ketiga dalam seminggu dia datang melihat aku disini. Aku mengambil alasannya atas kenapa dia mahu datang kesini dan aku bergegas bertemunya berdekatan 7-11. Dia sedang menungguku tanpa ditemani sesiapa kecuali payung merah terhias di pergelangan tangannya. Kawannya tadi Cuma dapat menumpangkan dia kesitu, tetapi tidak dapat bersamanya kerana ada hal lain. Hujan masih lagi berderai dan dia tampak kesejukan. Sesekali ternampak bibir mengetap-ngetap menahan sejuk kerana dia tidak memakai baju tebal hari itu.
Aku berjalan kearahnya dan berkata, “u tak sepatutnya datang jumpa I lagi” disamping beberapa perkara yang yang menjelaskan kenapa kami tidak sepatutnya bersama. “I rindukan u!” katanya. Dengan sedikit mendesis aku mengajaknya pulang. “I hantar u ke rumah”. Dia tidak membuka payungnya. Aku tahu dia mahu berkongsi payungku. “cepat. Bukak payung u. kita kena balik” kataku.
Terpaksa dia membuka payungnya dan berjalan denganku menuju ke kereta. Dia memberitahu yang dia belum lagi makan apa-apa dan meminta untuk singgah dia mana-mana gerai makanan.
Dengan hati yang keras, dan suara agak tinggi aku menjawab, “tak payahla!” mungkin kecewa dengan jawapanku, dia lantas memintaku menghantarnya ke sebuah stesen tren berhampiran dan mengatakan yang dia mahu pulang dengan menaiki tren.
Disebabkan hujan, keadaan dalam stesen sangat sesak dengan penumpang yang membawa payung, beg bimbit dengan harapan untuk sampai ke rumah masing-masing dengan cepat, langsung tidak pedulikan hal keliling. Kami tunggu dan tunggu. Dia memandangku sayu. Duduk bersama sebegini, sudah tentu dia tahu apa yang bermain dalam fikiranku. Aku faham perasaannya bila datang jauh-jauh dengan keadaan cuaca yang sejuk untuk berjumpa aku, tetapi aku membuat dia begini. Dengan renungan matanya, aku lebih rasa bersalah dan merasakan adalah lebih baik untuk membiarkan dia tidur di rumah untuk semalam.
Tetapi, hatiku membantah tiba-tiba. Aku berkata dingin, “jom cari stesen lain”.
Kami pernah tinggal di sebuah pangsapuri yang sama. Aras sama. Mulanya kami berkawan. Ada empat orang semuanya termasuk aku. bersama, kami sentiasa makan malam bersama, tonton cerita bersama, kadangkala, kami pergi berkhemah bersama-sama. Kami dah macam satu keluarga. Tapi entah macam mana aku boleh jatuh cinta dengan satu-satunya perempuan dalam kumpulan kawan ini. masa itu, penghujung semester kami di kolej, barulah kami meluahkan perasaan masing-masing. Selepas dia tamat pembelajaran, aku masih lagi belajar disitu selama setahun. Pada masa itulah aku selalu mengambil tren untuk berjumpa dia semasa cuti, walaupun sekejap. Itulah cara kami mempertahankan hubungan ini.
Kami berjalan di tepian. Dia didepan dan aku dibelakang. Baru aku sedar payungnya ada kekoyakan sedikit. Dan cara dia berjalan sekarang tidak ubah seperti seorang askar yang cedera, berjalan lemah sambil membawa senapang yang karat.
Entah apa yang bermain dalam fikirannya. Langkahnya pula entah kemana. Nyaris dia dilanggar kereta yang melalui jalan itu. Laju sahaja tanganku ingin mencapai lengannya tapi dengan cinta yang aku ada beserta kesakitan di perut yang datang tiba-tiba, aku tak dapat berbuat apa-apa. Kami meneruskan perjalanan hingga sampai ke satu taman. Taman yang selalu kami kunjungi.
Dia merayu, “jomlah masuk taman nie kejap, please… I janji, lepas nie I balik”.
Dengan rayuannya, hatiku lembut kembali. Tetapi masih membuat muka sambil berjalan masuk dalam taman itu. Aku Cuma duduk di bangku, resah dan mahu pulang. Dia menuju ke arah sebatang pokok, mencari sesuatu. Aku tahu yang dia sedang mencari apa yang kami pernah ukir di salah satu pokok itu dengan pen berdakwat ‘silver’ setengah tahun dulu. Kalau tak silap aku, ia tertulis: “Daniel dan Sarah ada disini. Daniel minum teh panas, Sarah minum coklat panas. Harap Daniel dan Sarah ingat akan hari ini. selalu sayang menyayang, selama-lamanya”. Dia melihat-lihat pokok yang lain, kemudian kembali perlahan dengan air mata menitis di pipi.
“danny, I tak jumpa pun! Dah takde kat sini!” nadanya sebak. Aku pula merasakan kepedihan dalam badan. Sakitku serang mendadak, terasa berombak. Sakit yang tak pernah aku rasakan sebelum ini. tetapi apa yang aku lakukan ialah menahan seperti tiada apa yang berlaku. “boleh kita gerak sekarang?”
Aku membuka payung hitamku. Dia Cuma berdiri di situ, seperti tidak mahu melangkah, berharap peluang akan datang membantu. Katanya, “u Cuma buat cerita pasal u dengan orang lain, kan? I tau I banyak buat u frust, tapi I akan berubah! Boleh tak kita start benda nie sekali lagi?”
Aku membisu. Sambil menundukkan kepala, aku mengangguk sedikit dan meneruskan perjalanan ke stesen tren yang berdekatan. Masing-masing mendiamkan diri.
Empat tahun yang lalu, doctor telah mengesahkan bahawa aku menghidap kanser peringkat awal. Masih boleh diubat. Aku fikirkan masalah ini biasa jadi aku meneruskan kehidupan harian aku seperti orang biasa. Aku terlupa tentang kanser ini. aku tidak menjalani rawatan susulan. Sebulan lalu, perutku pedih dua minggu berturut-turut dan mimpi ngeri ini membuatkan aku sering terjaga dari tidur. Mulanya aku berharap derita ini akan pergi begitu sahaja. Tetapi semakin hari semakin kuat sampai satu tahap aku tidak dapat bertahan lagi. Aku berjumpa doctor dan membuat imbasan x-ray. Apabila siap, kami melihat bintik hitam yang besar yang menunjukkan bukti tetapi tidak mahu aku percaya. Aku sedang berada di dunia remaja, tapi dah nampak penghujungnya. Sampai aku pernah terfikir untuk bunuh diri. Aku tak boleh beritahu orang lain tentang penyakit ini, terutama sekali, Sarah. Insan yang paling aku sayang diantara semua di planet bumi ini. dia masih lagi belum tahu pasal ini. dia masih muda. Panjang lagi masanya dan dia tidak sepatutnya melalui semua ini. sebab itulah aku mereka-reka cerita dan tipu dia macam-macam. Memang kejam, dan boleh buat dia kecewa. Tetapi ini ialah cara yang pantas untuk menghunuskan air mata selama tiga tahun. Aku tak punya masa yang banyak. Rambutku dah mulai gugur, aku takut dia perasan.  Rasanya ‘penutupan’ aku ini masih lagi dapat disimpan. Drama ini akan terurai tidak lama lagi. Tiga puluh minit lagi dan semua ini akan berakhir. Itu sahaja dalam minda aku sekarang.
Masa operasi semua tren sudah tamat. Aku menelefon teksi supaya dapat datang dan menjemput Sarah disitu. Kami menunggu. Sunyi sepi. Masing-masing diam seribu bahasa. Berdiri sambil menjamah saat-saat terakhir dalam keadaan sepi.
Bayang teksi sudah muncul. Dengan menahan air mata dari terjatuh, aku berpesan padanya, “jaga diri u baik-baik. TOLONG jaga diri u dengan baik!”
Dia hanya membisu, Cuma menunduk perlahan. Lantas membuka payung lusuhnya keluar dari jalan. Dalam hujan itu, kami terpisah menjadi dua. Seorang merah, seorang lagi, hitam. Seperti menjauhi. Aku membukakan pintu untuk sarah, dan menutupkan ‘pagar’ yang memisahkan kami berdua selama-lamanya. Sambil berdiri di tepi teksi, aku melihat kaca gelap tingkap kenderaan itu; cinta pertama dan terakhirku akan pergi meninggalkan hidupku. Enjin pun dihidupkan. Bergerak seperti diarahkan masa.  Akhirnya,aku tidak lagi dapat menahan kesedihan yang teramat, pedih menyerang hatiku. Tanganku melambai-lambai dengan langkah laju mengejar teksi dari belakang. Aku tahu, inilah kali terakhir aku dapat berjumpa dengannya. Aku nak beritahu dia yang….
AKU MASIH SAYANGKAN DIA!
AKU NAK DIA TINGGAL LEBIH LAMA!
AKU PERLUKAN DIA SANGAT-SANGAT!
tetapi teksi itu terus bergerak tanpa menghiraukan aku.
Airmata hangat laju menyinggahi pipiku. Bercampur baur dengan air hujan yang menitik-nitik di sekelilingku. Aku kesejukan. Bukan disebabkan hujan, tetapi dalaman aku yang kian menyejuk.
Dia pergi, dan aku tidak dapat apa-apa panggilan telefon selepas hari itu, sehinggalah hari ini. aku tahu, dia tidak sedar air mataku, sebab semua dibasuh dengan air hujan. Aku pergi tanpa penyesalan.
Tetapi aku bukan Daniel. Akulah wanita itu, Sarah. Menggunakan memoriku di malam itu, beserta diarinya yang aku terjumpa setahun selepas pemergiannya, mengakhiri noktah cerita cinta kami dengan titisan airmata…

0 comments: